arena

Moriarty buat Perancis gigit jari

Oleh AFP

PEMAIN gantian Ross Moriarty memastikan kemenangan pada saat akhir apabila membantu Wales menewaskan Perancis yang beraksi dengan 14 pemain pada saingan suku akhir Ragbi Piala Dunia, hari ini.

Pertarungan penuh mendebarkan itu turut mengembalikan memori pahit pertemuan dua pasukan terbabit pada 2011.

Detik paling memilukan hadir buat Perancis di Oita selepas lock Sebastien Vahaamahina dibuang padang kerana menyiku Aaron Wainwright ketika aksi separuh masa kedua memasuki sembilan minit ketika skuadnya mendahului dengan sembilan mata.

Wales yang meraih 10 mata menerusi sepakan tepat but fly-half Dan Biggar akan berdepan pemenang perlawanan antara Afrika Selatan dan Jepun pada sati lagi aksi lapan pasukan terakhir.

Skuad itu yang masih dihantui kekalahan separuh akhir 9-8 kepada Perancis lapan tahun lalu menyaksikan juara Enam Negara itu berada dalam keadaan kurang selesa sehinggalah Vahaamahin diarah keluar padang.

Kekalahan juga bermakna ia aksi penutup tirai buat jurulatih Perancis Jacques Brunel mengendalikan pasukan yang pernah tiga kali mara ke separuh akhir Piala Dunia.

“Saya rasa pasukan lebih baik tewas hari ini tetapi kad merah itu jelas amat memberi kesan. Perkara hebat mengenai pemain kami adalah mereka tidak berputus asa,” kata jurulatih Wales Warren Gatland.

“Kami hanya bertahan dan saya benar-benar bangga kerana pasukan yang kurang bersemangat pasti akan rebah,” katanya.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 6:19pm
d