arena

Springboks buat Jepun 'mengalir air mata' [VIDEO]

Oleh AFP

AFRIKA Selatan memusnahkan impian Jepun untuk mara ke separuh akhir Ragbi Piala Dunia dengan kemenangan 26-3 di Tokyo, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan skuad digelar Springboks itu berdepan juara Enam Negara, Wales pada pertembungan empat pasukan terakhir.

Dua percubaan pemain sayap Makazole Mapimpi mematahkan hati skuad Brave Blossoms yang menerima pujian di serata dunia selepas melepasi peringkat kumpulan dan pertandingan kali pertama diadakan di benua Asia.

Jepun yang menewaskan Afrika Selatan 34-32 pada Piala Dunia terakhir ketika melakukan ‘keajaiban di Brighton’ tetapi tidak berupaya mengulanginya pada perlawanan yang dilihat terlalu selesa buat juara dunia dua kali itu.

"Kami berasa amat bangga dengan apa yang kami capai pada Piala Dunia," kata jurulatih Jepun, Jamie Joseph.

"Saya kecewa kerana pemain sudah memberikan terlalu banyak kepada kumpulan dan juga negara ini (Jepun)," katanya.

Jurulatih Afrika Selatan, Rassie Erasmus berkata:”

"Kami mahu mencuba dan menghabiskannya sehingga ke penghujung.

“Jelas sekali, kami mendapat Wales dan ranking mereka lebih tinggi berbanding kami malah mereka menang ke atas Perancis."

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 10:49pm
d