arena

60 gol baru tahap Messi, Ronaldo

Oleh Agensi

RAHEEM Sterling menyedari dia perlu menjaringkan 50 atau 60 gol untuk dipertimbangkan berada hampir pada tahap Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.

Pemain sayap England berusia 24 tahun itu dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or bersama dua lagi ikon bolasepak yang meraih gelaran emas itu dengan masing-masing lima kali setiap seorang.

Pertandingan tahun ini dilihat lebih terbuka sejak beberapa tahun lalu dengan Liverpool menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) menyingkirkan Barcelona dan skuad Juventus Ronaldo ditewaskan oleh Ajax.

Bintang Manchester City itu sudah menjaringkan 32 gol tahun ini untuk kelab dan negara manakala Messi memiliki 35 dalam semua kejuaraan dan Ronaldo mengumpul 28.

Sterling memberitahu: "Messi adalah salah seorang jenis itu.

"Bro, jika saya menjaringkan 50 atau 60 gol setahun untuk 15 tahun akan datang, baru boleh bercerita mengenainya. Buat masa ini jangan bercakap mengenai Ronaldo atau Messi kepada saya!

"Saya tidak mahu dengar kaitan itu.

"Saya tidak mengatakan saya tidak menghargai diri sendiri tetapi dua pemain terbabit sudah melakukannya sejak 15 tahun lalu.

"Ia masih belum kedengaran: 40, 50, 60 gol untuk 15 tahun."

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 8:14pm
d