arena

Emery terima kritikan penyokong

Oleh Reuters

PENGURUS Arsenal Unai Emery berkata beliau menerima kritikan penyokong selepas pasukannya mempamerkan aksi hambar ketika tewas kepada Sheffield United dan kini fokus untuk kekal di tangga teratas kumpulan Liga Europa dengan kemenangan ke atas Vitoria Guimaraes awal pagi Jumaat.

Arsenal terlepas peluang untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris ketika pendatang baharu musim ini United 1-0 pada Isnin dan tekanan mula dirasai Emery.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berjaya mengepis soalan sama ada pasukannya kini lebih baik berbanding pasukannya yang diwarisi daripada pengendali paling lama Arsene Wenger dan berkata beliau berpuas hati dengan perkembangannya di kelab itu.

“Dalam karier saya adalah sesuatu yang normal untuk berdepan detik sukar dan kritikan untuk tugas dan kerja yang dilakukan,” kata Emery hari ini.

“Kita berdepan satu pandangan. Pandangan penyokong... kami perlu menerimanya.

“Kami terlepas peluang terbesar dalam Liga Perdana untuk melangkah naik ke tangga ketiga liga. Kami di tangga kelima dan mempunyai peluang pada Ahad.

“Kami perlu lebih baik tetapi ia satu proses. Dalam proses seperti itu, saya gembira.

“Kami perlu fikir bagaimana kami boleh lakukannya, berkembang dan mencapai sasaran kami. Secepat mungkin, untuk menang esok.

“Dalam pertandingan ini kami menang dua perlawanan dan bermain dengan baik dengan keputusan yang bagus.”

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 12:06am
d