arena

TSG sah juara Jelajah Asia UCI

Oleh Azlan Muhammad Zain

TERENGGANU Inc TSG sah bergelar juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2018-19 menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan badan induk dunia itu.

Pasukan benua itu mengumpul 2,658 mata untuk unggul di kedudukan pertama sekali gus bergelar juara dengan saingan terakhir musim ini adalah perlumbaan lebuh raya Piala Jepun, Ahad lalu.

Ia mengulangi pencapaian mereka yang bergelar juara pada musim 2012.

TSG muncul pasukan di ranking ke-28 dunia dalam senarai yang turut menampilkan pasukan World Tour dan profesional benua.

Pelumbanya dari Algeria, Youcef Reguigui muncul penyumbang mata terbanyak dengan 921 mata manakala Nur Amirull Fakhruddin Mazuki menjadi pelumba tempatan terbanyak dengan 170 mata.

Satu lagi pasukan benua negara, Team Sapura (TSC) menduduki tempat kedua dengan 1,822.26 mata manakala tempat ketiga diraih Team Ukyo dari Jepun dengan 935.17 mata.

Sebanyak 44 pasukan bersaing dalam Jelajah Asia bagi musim ini yang bermula Oktober tahun lalu.

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 8:32am
d