arena

28,000 tiket aksi Pahang-Kedah

Oleh Asrol Awang

SEJUMLAH 28,000 tiket diperuntukkan bagi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini. 

Menurut Facebook Pahang FA, sebanyak tujuh kaunter termasuk satu kaunter khas wanita disediakan untuk keselesaan golongan itu. 

"Pada kali ini, kaunter jualan tiket akan dibuka selama dua hari iaitu esok dan Sabtu yang membabitkan jualan tiket berjumlah 28,000 keping. 

"Bagi jualan esok, semua kaunter hanya akan dibuka bermula jam 2.30 petang hingga 5 petang manakala keesokannya pula pada jam 10 pagi sehingga habis. 

"Harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka),"

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 6:58pm
d