arena

Bottas harap 'benda gila' di Mexico

Oleh Reuters

VALTTERI Bottas memerlukan keajaiban untuk menafikan rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton kejuaraan Formula Satu dunia kali keenam namun pemandu Finland itu tidak berasakan peluangnya sudah berakhir.

Hamilton mendahului 64 mata dengan berbaki empat perlumbaan dan boleh memastikan kejuaraan di Mexico City awal pagi Isnin ini jika dia meraih lebih 14 mata berbanding Bottas.

Ia mungkin satu tugas sukar memandangkan pemandu Britain itu hanya berjaya sekali musim ini dan Mexico tidak menyebelahi Mercedes sejak dua tahun terakhir, namun peluang pertarungan itu berlanjutan selepas minggu berikutnya di Texas agak tipis.

Bottas menegaskan awal pagi tadi dia tetap tidak berputus asa mengenai peluangnya.

“Saya tidak percaya kepada benda karut tapi perkara gila sering kali boleh berlaku, saya percaya,” katanya kepada wartawan di Autodromo Hermanos Rodriguez apabila ditanya sama ada dia percaya dengan keajaiban.

“Saya sudah melihat banyak benda gila berlaku. Anda tidak tahu,” katanya.

Bottas menang perlumbaan terakhir di Jepun, kemenangan ketiganya pada kempen kali ini dan hadir di Mexico penuh ceria selepas berehat di Seychelles.

Disiarkan pada: October 25, 2019 @ 12:36pm
d