arena

Hatrik Pulisic bantu Chelsea

Oleh AFP

CHRISTIAN Pulisic meledak gol hatrik pertama dalam karier ketika membantu Chelsea menewaskan Burnley 4-2 awal pagi ini, sementara Manchester City memulakan aksi hambar sebelum mencatat kemenangan ke atas Aston Villa untuk memberi tekanan kepada Liverpool.

Di bahagian tercorot carta Liga Perdana Inggeris, tekanan memuncak buat boss Everton, Marco Silva selepas the Merseyside mengalami kekalahan kelima dalam enam perlawanan terakhir.

Pemain antarabangsa AS Pulisic, yang tampil tanpa jaringan buat Chelsea sejak perpindahan £58 juta (RM311.42 juta) dari Borussia Dortmund selain tidak beraksi dalam kesebelasan utama barisan muda pimpinan Frank Lampard pada perlawanan Liga Perdana sejak Ogos.

Namun dia melakukan impak besar bagi kemunculannya di Turf Moor menerusi hatrik sempurna - menjaringkan gol dengan kaki kiri, kaki kanan dan tandukan.

Pemain berusia 21 tahun itu memanfaat peluang ketika berada di dalam kawasan kotak penalti, melakukan gerakan menarik sebelum merembat rendah di tepi sudut menggunakan kaki kiri untuk menewaskan Nick Pope di gawang gol untuk gol pembukaan.

Bekas pemain sayap Dortmund menggandakan jaringan buat the Blues sebelum tamat separuh masa pertama, selepas bijak menyempurnakan jaringan ketika bola tertampan pemain pertahanan lawan Ben Mee dan memastikan gol ketiga menerusi tandukan pada separuh masa kedua.

Willian menambah jaringan keempat buat Chelsea pada minit ke 58 untuk menjadikan kedudukan 4-0 dan walaupun jaringan lewat dihasilkan Jay Rodriguez dan Dwight McNeil, pasukan pelawat memastikan sebarang keputusan mengejut dengan kemenangan 4-2.

“Ia adalah jaringan hatrik pertama saya jadi saya hampir terlupa bentuk bola perlawanan,” kata Pulisic. “Saya bertuah kerana rakan sepasukan banyak membantu saya.

“Saya hanya mahu beraksi di atas padang, membantu pasukan dan memberi impak. Saya tidak fikir ia perkara yang sangat mudah. Tetapi saya sudah beraksi beberapa kali sejak beberapa minggu lalu dan gembira untuk beraksi dalam skuad utama hari ini. Ia adalah hari istimewa.”

Lampard mempertahankan sebab tidak menurunkan Pulisic sebelum ini.

“Dia mempunyai rehat seminggu musim panas,” boss Chelsea berkata kepada Sky Sports.

“Dia tiba dengan harga yang tinggi dan mahu terus beraksi dalam pasukan tetapi pada masa sama kenapa saya akan bertindak untuk memastikan dia beraksi dalam pasukan? jadi saya perlu melakukannya dengan cara betul dan memastikan aksi terbaiknya. Saya tumpang gembira dengan prestasinya.”

Disiarkan pada: October 27, 2019 @ 8:52am
d