arena

Marquez ungguli MotoGP Australia

Oleh AFP

JUARA dunia, Marc Marquez memastikan kejuaraan ke-11 musim ini di MotoGP Australia hari ini, selepas kemalangan menimpa rakan senegara dari Sepanyol, Maverick Vinales, yang terbabas di pusingan terakhir.

Pelumba The Monster Energy Yamaha menguasai perlumbaan di Phillip Island minggu ini dan mendahului hampir keseluruhan perlumbaan sehingga pelumba Honda, Marquez memintasnya di peringkat terakhir dalam perlumbaan sengit itu.

Pelumba Britain, Cal Crutchlow menduduki tempat kedua manakala pelumba Australia, Jack Miller di tempat ketiga.

Pelumba veteran Itali, Valentino Rossi berlumba dalam perlumbaan Grand Prix ke 400 yang luar biasa di kedudukan kelapan.

“Vinales berusaha habis-habisan, sangat sukar dan pantas,” kata Marquez juara dunia MotoGP enam kali itu.

“Tetapi saya tahu ada kemungkinan dapat mengatasinya (memintas Vinales). “Seluruh minggu ini adalah gila,” tambahnya, selepas sesi kelayakan ditunda pada Sabtu berikutan angin kuat, sebelum diteruskan pada Ahad dan disusuli perlumbaan.

Ia adalah kekalahan yang sukar buat Vinales, yang menang di Australia tahun lalu dan bermula di petak utama selepas beraksi konsisten pada sesi latihan dan kelayakan.

Disiarkan pada: October 27, 2019 @ 1:26pm
d