arena

Wolves ikat Newcastle

Oleh Reuters

WOLVERHAMPTON Wanderers mencatat keputusan seri keenam dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila Jonny menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua untuk memastikan keputusan seri 1-1 di Newcastle malam ini.

Aksi hambar separuh masa pertama bertukar rentak apabila Jamaal Lascelles menyambut hantaran Federico Fernandez menerusi tandukan padu untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-37.

Wolves terus memberi ancaman selepas separuh masa pertama dan Jonny meledak jaringan dari jarak dekat pada minit ke-73, selepas penjaga gol Newcastle Martin Dubravka menepis hantaran bola.

Pasukan pelawat hampir pasti memenangi perlawanan itu terutama apabila pemain Newcastle Sean Longstaff dibuang padang pada minit ke-82 susulan terjahan keras ke atas Rubin Neves tetapi keputusan seri sudah memadai.

Newcastle kekal di tangga ke-17 manakala Wolves, yang tidak kalah dalam lapan perlawanan semua kejohanan, di tangga ke-11.

Disiarkan pada: October 28, 2019 @ 12:41am
d