arena

Hamilton juara F1 GP Mexico

Oleh AFP

LEWIS Hamilton juara Grand Prix Mexico pagi ini, tetapi perlu menunggu untuk mengesahkan kejuaraan dunia kali keenam selepas rakan sepasukannya di Mercedes menduduki tempat ke tiga.

Ia adalah kemenangan ke-83 perlumbaan buat pelumba Britain itu sementara juara empat kali dari Ferrari Sebastian Vettel menduduki tempat kedua.

Hamilton mungkin dapat memastikan kejuaraan dunia keenam miliknya di Texas minggu depan.

“Hari ini keputusan begitu menakjubkan,” kata Hamilton pelumba berusia 34 tahun itu.

“Kami datang ke sini memikirkan kami berada di belakang dan ia perlumbaan yang sukar buat kami, namun kami memberi saingan kuat.”

Vettel menambah : “Ia perlumbaan yang sengit. Saya mendapat saingan daripada Valtteri di belakang yang memberi tekanan hebat, jadi saya tidak banyak berfikir mengenai cabaran Lewis.”

Seorang lagi pelumba Ferrari yang bermula di petak utama Charles Leclerc pulang di kedudukan keempat.

Disiarkan pada: October 28, 2019 @ 8:51am
d