arena

Ferrari perlu perbaiki strategi perlumbaan

Oleh AFP

CHARLES Leclerc berkata dia perlu memperbaiki sumbangannya kepada strategi perlumbaan Ferrari apabila penamat yang mengecewakan di tempat keempat selepas bermula di petak utama pada Grand Prix Mexico hari ini.

Rakan sepasukannya di Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat kedua di belakang juara Lewis Hamilton dari Mercedes dengan Valtteri Bottas di tempat ketiga bagi pelumba kedua Silver Arrow.

Leclerc mengakui dia dan pasukannya tidak menggunakan sepenuhnya potensi mereka pada perlumbaan itu.

“Saya fikir saya perlu melakukan lebih banyak kerja untuk perlumbaan, terutama kepada strategi kerana ia menampakkan tidak begitu bagus.

“Saya perlu lebih tenang mengawal alat perhubungan komunikasi dan membantu pasukan melakukan keputusan yang tepat - seperti dilakukan Seb.

“Perlumbaan tidak begitu bagus bagi saya dan saya tidak berasa selesa ketika memulakan perlumbaan. Saya tidak tahu mengapa. Saya berada lebih selesa apabila tidak menjadi tumpuan.

“Kami mula berhenti awal yang kemudian membuatkan kami mungkin membuatkan kami berfikir sudah berjaya mengawalnya berdepan (Alex) Albon dan kami sedar ia mungkin dua perhentian lebih awal. Tetapi kemudian semua orang melakukan satu perhentian.”

Vettel mendesak Ferrari untuk membenarkannya berlumba lebih lama pada saingan awal dan untuk kekal dengan strategi satu perhentian apabila Hamilton berhenti lebih awal.

“Ia adalah perlumbaan yang panjang dengan tanpa rehat dan tayar keras berfungsi dengan baik,” katanya.

“Saya fikir Lewis hanya mara untuk perlumbaan kedua. Saya sangat gembira, kerana ia perlumbaan yang bagus, tetapi dengan strategi kami.. kami mungkin dapat mengatasi lebih cepat.”

Disiarkan pada: October 28, 2019 @ 2:08pm
d