arena

Wenger lebih 'ummmph' berbanding Emery

Oleh Agensi

SEBAIK pengadil meniupkan wisel penamat perlawanan, pengurus Arsenal, Unai Emery serta-merta mendapat perhatian ahli lembaga pengarah kelab itu yang mementingkan statistik.

Mereka membandingkan rekod 48 perlawanan pertama Arsene Wenger dengan 48 perlawanan pembukaan Unai Emery sebelum hierarki terbabit menyatakan: “Statistik kami lebih baik di bawah Wenger.”

Dalam tempoh itu, Arsenal tidak sabar membawa masuk pengendali baru biarpun angka menunjukkan 93 gol berbanding Emery, 88 dan 18 rekod bersih berbanding 10 dicapai oleh Emery.

Kelmarin, Arsenal melepaskan dua gol ketika menentang Crystal Palace ketika seri 2-2 di Emirates.

Emery sepatutnya menjadi peningkatan terhadap Wenger, seorang jurulatih memiliki set kemahiran benua Eropah dan bercita-cita untuk membentuk masa depan Arsenal yang lebih moden.

Bagaimanapun, sehingga setakat ini, mereka masih berada di takuk lama.

Apapun, itulah pandangan daripada pihak pengurusan atasan yang turut merasai kemarahan penyokong pasukan dari utara London itu.

Josh Kroenke berada di London menyaksikan aset bapanya bernilai £1.8 (RM9.7 bilion) melepaskan dua gol menentang skuad Palace yang mempamer semangat juang tinggi.

Liga Juara-Juara (UCL) menjanjikan pulangan lumayan andai mara ke peringkat saingan kumpulan yang masih menjadi sasaran utama kelab itu.

Untuk melakukannya mereka perlu kembali membuatkan Arsenal selaku pencabar kejuaraan Liga Perdana dan UCL.

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 2:47pm
d