arena

Pengadil Perancis adili final

Oleh Reuters

JEROME Garces akan mengadili final Piala Dunia Ragbi antara England dan Afrika Selatan, Sabtu ini.

Dia juga muncul pengadil pertama dari Perancis menerima penghormatan itu, menurut penaja kejohanan, hari ini.

Garces akan bergandingan bersama Romain Poite (Perancis) dan Ben O’Keeffe (New Zealand) sebagai pembantu pengadil dengan Ben Skeen (New Zealand) sebagai pengadil video (TMO).

“Saya terharu dan berasa ceria dilantik mengadili aksi perlawanan final,” kata Garces.

“Ia menjadi impian buat mana-mana pengadil tetapi perkara ini adalah sukan berpasukan dan sebagai pasukan berempat, kami akan akan berada pada pertarungan itu untuk memberikan pengadilan terbaik kepada pasukan, kepada sukan, kepada peminat malah kepada keseluruhan pegawai pasukan, pemilih dan pasukan sokongan yang bekerja keras sejak empat tahun lalu.”

Pengadil England Wayne Barnes akan mengendalikan play off tempat ketiga antara New Zealand dan Wales, Jumaat ini.

Pengadil dari Afrika Selatan Jaco Peyper yang tidak dipertimbangkan untuk separuh akhir selepas bergambar dengan penyokong Wales sambil mengejek kad merah dilayangkan ketika menewaskan Perancis akan menjadi salah seorang pembantunya bersama Pascal Gauzere dari Perancis dan Marius Jonker (Afrika Selatan) sebagai TMO.

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 4:20pm
d