arena

Cepat pulun baki 292 tiket

Oleh Izzali Ismail

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) akan menjual baki 292 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pagi ini.

Menerusi maklumat dari laman rasmi KFA, baki berkenaan adalah jumlah yang tidak terjual selepas sesi jualan tiket di lima kaunter di Stadium Darul Aman bermula pukul 10.30 pagi semalam.

"Masa jualan tiket pukul 10 pagi ini, Jumaat 1 November bertempat di kaunter F Stadium Darul Aman dengan dua laluan disediakan.

"KFA juga merekodkan tempahan tiket berkumpulan sebanyak 215 kenderaaan membabitkan 176 jumlah bas dan 39 van dan baki dari tempahan berkumpulan ini telah dijual kepada penyokong di kaunter tiket di Stadium Darul Aman.”

Jumlah keseluruhan tiket diperuntukkan untuk penyokong Kedah seperti diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini adalah 26,610 tiket.

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 10:25am
d