arena

Klopp ugut tarik Liverpool keluar [VIDEO]

Oleh Agensi

LIVERPOOL berkemungkinan terpaksa menurunkan dua pasukan berbeza untuk menghadapi saingan di negara berlainan untuk memenuhi tuntutan jadual padat mereka.

Keadaan itu membuatkan bos Reds Jurgen Klopp mengugut untuk menarik keluar pasukannya daripada saingan Piala Liga selepas menyingkirkan Arsenal di Anfield, kelmarin.

Liverpool akan berdepan Aston Villa pada pusingan seterusnya pada 16 Disember.

Klopp, pengendali dari Jerman juga mempunyai komitmen berdepan cabaran Piala Dunia Kelab (CWC) serta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL) yang perlu difikirkan.

Liverpool dijadualkan beraksi pada separuh akhir CWC di Qatar pada 18 Disember dengan final atau play off tempat ketiga beberapa hari kemudian.

Klopp memberitahu media: "Jika mereka tidak dapat mencari tarikh sesuai, saya tidak maksudkan Hari Krismas jam 3 pagi atau kami kemudian tidak dapat bermain perlawanan itu.

“Lawan kami akan mara. Kami tidak akan menjadi mangsa kepada masalah ini.

"Saya berharap mereka akan mula memikirkan mengenai perlawanan itu selepas ini.

"Ramai peminat EPL menonton televisyen mengharapkan Arsenal berjaya melakukannya. Maaf!"

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 3:49pm
d