arena

Dijon malukan PSG

Oleh AFP

PARIS Saint-Germain (PSG) mengalami kekalahan mengejut 1-2 ke atas pasukan tercorot Dijon dalam saingan Ligue 1 Perancis awal pagi ini.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel mendakwa barisan pemain kendaliannya bermain secara terbuka dan tidak beraksi sebagai satu pasukan.

Ia adalah kekalahan ketiga pada musim ini dalam saingan liga buat juara Perancis selain menyaksikan mendahului liga itu semakin dihimpit dengan perbezaan lima mata.

Dijon yang memulakan aksi terbaik mereka berada di tangga tercorot dengan hanya sembilan mata, ketinggalan menerusi gol kelima jaringan Kylian Mbappe dalam tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, Mounir Chouiar menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat separuh masa pertama disusuli jaringan kemenangan oleh pemain antarabangsa Venezuela, Jhonder Cadiz pada minit ke-47.

“Kami beraksi terlalu terbuka pada separuh masa pertama, tidak hanya di bahagian pertahanan tetapi di bahagian serangan juga tidak beraksi sebagai satu pasukan,” kata Tuchel.

“Kami kurang kualiti dan rentak. Ia lebih baik pada separuh masa kedua kerana kami mempunyai tiga peluang menjaringkan gol sebelum waktu rehat dan selepas perlawanan bersambung. Mungkin kami tidak berpeluang menang atau tiada nasib hari ini.”

PSG beraksi tanpa Neymar yang cedera tetapi dilihat mempunyai kelebihan untuk mengatasi Dijon yang hanya menjaringkan enam gol dalam 11 perlawanan sebelum aksi yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat itu.

Tiga mata membolehkan Dijon berada di kedudukan tiga dari bawah dalam carta Ligue 1 sementara PSG tidak berganjak sebelum berdepan Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri pada awal pagi Khamis ini.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 9:40am
d