arena

Penyokong mula memenuhi stadium [METRO]

Oleh Firdaus Hashim dan Syazwan Msar

HUJAN lebat sejak jam 1 petang tadi tidak menghalang puluhan ribu penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) walaupun sepak mula Final Piala Malaysia berlangsung kira-kira lapan jam lagi.

Tinjauan Harian Metro di sekitar perkarangan SNBJ mendapati laluan masuk mulai sesak dengan berpusu-pusu mahu meletakkan kenderaan berhampiran stadium berikutan keadaan hujan.

Mujur anggota dan pegawai polis yang ditugaskan mengawal keadaan dan beberapa kenderaan dilihat ditunda kerana menghalang laluan.

Selain itu, ada antara penyokong yang sudah tiba di perkarangan stadium sejak jam 8 pagi ini selepas mengharungi lima jam perjalanan dari destinasi masing-masing.

Situasi berkenaan sekali gus menyaksikan SNBJ dipenuhi lautan biru dan kuning yang tidak sabar memasuki stadium.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 4:55pm
d