arena

Lesnar nak bedal Mysterio [VIDEO]

Oleh Agensi

BROCK Lesnar membuat kejutan terhadap WWE dengan meninggalkan SmackDown untuk menyertai saingan pencabar, Monday Night RAW.

The Beast Incarnate berada dalam kalangan beberapa bintang berada dalam perlawanan program siaran gusti, malam tadi bersama pengurus, Paul Heyman.

Beberapa penggusti lain terkandas di Arab Saudi selepas Crown Jewel akibat masalah mekanikal dialami pesawat.

Lesnar akan menjadi penggusti pertama tampil dalam SmackDown mengumumkan ‘selamat tinggal’ selepas pertarungan pay-per-view (bayar untuk menonton) menyaksikan dia mempertahankan gelaran WWE menentang Cain Velasquez.

Dia menewaskan musuh ketat lama UFC Velasquez dalam tempoh tidak sampai dua minit tetapi diserang dengan kerusi oleh Rey Mysterio.

Lesnar mendedahkan dia akan meninggalkan SmackDown untuk menyertai RAW bagi membolehkannya berdepan lawan dari Mexico bertubuh lebih kecil darinya itu.

Heyman turut mengugut untuk menyaman bos WWE Vince McMahon jika dia menghalang tindakannya untuk beralih angin dalam saingan membabitkan jenama terbabit.

Peralihan itu kelihatan seperti akan menjadi selepas 'The Fiend' Bray Wyatt memenangi Kejuaraan Universal di Crown Jewel.

WWE tidak mahu dua penyandang juara berada dalam program sama dan sentiasa mengasingkan pertembungan untuk menjadikannya menarik.

Disiarkan pada: November 3, 2019 @ 3:00pm
d