arena

Celta Vigo pecat Escriba selepas empat kekalahan

Oleh Reuters

KELAB yang bersaing dalam La Liga Sepanyol, Celta Vigo memecat jurulatihnya, Fran Escriba sejam selepas skuad kendaliannya itu tewas 0-1 ke atas Getafe di gelanggang sendiri, pagi ini.

“Fran Escriba tidak akan meneruskan tugas membimbing Celta. Pihak kelab berterima kasih kepadanya dan staf kejurulatihan di atas kesungguhan dan komitmennya serta berharap kejayaan mereka di masa hadapan,” menurut kenyataan kelab itu.

Kekalahan awal pagi ini kepada Getafe adalah kekalahan keempat berturut-turut Celta dan meninggalkan mereka di kedudukan ke 18 liga dengan sembilan mata selepas 12 perlawanan, dua mata di belakang Real Mallorca yang berada dalam zon penyingkiran.

Bekas jurulatih Villareal, Getafe dan Elche, Escriba mengambil alih tugas melatih Celta pada Mac lalu dan membantu pasukan itu terkeluar daripada penyingkiran namun pasukannya hanya mampu mencatat dua kemenangan musim ini, seri tiga kali dan tewas tujuh kali.

Disiarkan pada: November 4, 2019 @ 9:56am
d