arena

Casillas kembali berlatih

Oleh Agensi

PENJAGA gol legenda Real Madrid Iker Casillas melengkapkan proses pemulihan apabila kembali ke pusat latihan Porto, selepas enam bulan mengalami serangan jantung.

Laporan menyebut penjaga gol berusia 38 tahun itu dikatakan akan bersara selepas dimasukkan ke hospital selama lima hari pada Mei lalu.

Penjaga gol Sepanyol yang pulih sepenuhnya itu akan kembali menyertai pasukan utama kelab gergasi Portugal itu.

Dia menulis keterangan foto dengan imej but bola sepak sudah digunakan di laman sosial: "Tidak dapat berkhidmat selama enam bulan dan tiga hari."

AS turut melaporkan Casillas berlatih bersendirian selama 20 hingga 25 minit, semalam.

Porto menandatangani pemain antarabangsa Argentina Agustin Marchesin dari Club America pada musim panas sebagai penjaga gol pilihan utama mereka.

Casillas berharap akan menggantikan rakan sepasukannya selepas kembali pulih.

Pemenang Piala Dunia 2010 itu adalah salah seorang penjaga gol paling berjaya pernah beraksi dalam permainan itu.

Disiarkan pada: November 5, 2019 @ 4:14pm
d