arena

TSC kuasai podium

Oleh Azlan Muhammad Zain

GANDINGAN dua pelumba import Team Sapura Cycling (TSC), Cristian Raileanu dan Jesse Ewart kembali melonjakkan pasukan benua negara berkenaan di Tour de Singkarak, Indonesia.

Selepas tewas peringkat ketiga semalam, kedua-duanya menamatkan saingan peringkat keempat dari Dharmasraya ke Sawahlunto sebagai pemenang tempat pertama dan kedua.

Raileanu terlebih dulu melintasi garisan penamat secara solo dengan masa empat jam 55 minit 27 saat diikuti Ewart di kedudukan kedua.Tempat ketiga diraih Loic Desriac dari Nex Cycling Team pada perlumbaan sejauh 205.3 kilometer itu.

Ia sudah cukup untuk membolehkan Ewart terus menyarung jersi kuning dan pecut selepas meraihnya sejak peringkat pertama.

Ia juga kemenangan peringkat ketiga TSC selepas Ewart memenangi peringkat pertama dan kedua.

TSC turut kekal pasukan terbaik dengan mengumpul 41.06:20s mengatasi 17 pasukan lain yang bertanding. Perlumbaan berstatus 2.2 berkenaan masih berbaki lima peringkat.

Disiarkan pada: November 5, 2019 @ 8:58pm
d