arena

Subahan menang tanpa bertanding

Oleh Saiful Affendy Sapran

DATUK Seri Subahan Kamal mempertahankan kerusi Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas tidak dicabar pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu 16 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perundangan MHC, Jadadish Chandra ketika mengumumkan senarai calon yang layak bertanding hari ini berkata, Subahan mendapat 13 pencalonan.

Pencabar terdekatnya, Datuk Kamarudin Meranun hanya memperoleh dua pencalonan sekali gus tidak layak untuk bertanding.

Ini kerana mengikut perlembagaan MHC, seseorang calon itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga pencalonan untuk bertanding jawatan presiden.

Subahan, yang sebelum ini menyatakan mahu meletak jawatan jika Malaysia gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, menarik semula keputusan itu baru-baru ini bersama Timbalan Presiden Datuk Dr S Shamala.

Beliau akan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden MHC bagi penggal kedua pada AGM 16 November ini.

Disiarkan pada: November 6, 2019 @ 12:01pm
d