arena

Red Devils yakin dapat Havertz

Oleh Agensi

MANCHESTER United yakin dapat membawa Kai Havertz ke Old Trafford selepas Ed Woodward menyatakan pihaknya bersedia untuk menandatangani pemain tengah Bayer Leverkusen itu, menurut laporan media Britain.

Pemain berusia 20 tahun itu adalah salah seorang daripada bintang Bundesliga musim lalu dengan 17 gols dan melakukan tiga bantuan gol dalam 34 penampilan.

Havertz membuat tujuh penampilan bersama Jerman turut menarik minat beberapa kelab di Eropah termasuk Barcelona, Juventus dan Bayern Munich.

Laporan tabloid Britain menyebut Havertz sememangnya berada dalam senarai teratas perpindahan United.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer meletak sasaran untuk menandatangani pemain tengah kanan dan Havertz adalah sasaran utama kelab Old Trafford itu.

Laporan juga mendakwa Woodward akan memulakan usaha untuk membawa Havertz pada penghujung musim malah yakin dengan tawaran dibuat United sekitar £80 juta (RM426j) yang tidak dapat ditolak oleh Leverkusen.

United juga akan menghantar pasukan penilai Havertz untuk melihat aksinya bersama Leverkusen menentang Atletico Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Disiarkan pada: November 7, 2019 @ 2:42pm
d