arena

Penalti Jesus jadi bahan ketawa [VIDEO]

Oleh Agensi/Esme Jo

PENYERANG Manchester City Gabriel Jesus menghasilkan 'salah satu sepakan penalti paling teruk dalam sejarah' selepas gagal menyumbat gol ketika menentang Atalanta pada perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) di San Siro.

Malah, sepakan tersasarnya itu menjadi bahan ketawa media sosial, awal pagi tadi terutamanya peminat di serata dunia termasuk pengulas sukan dan bekas penyerang antarabangsa England, Gary Lineker yang menyifatkannya ‘antara sepakan penalti paling teruk pernah disaksikan’.

Skuad Pep Guardiola menguasai perlawanan pada separuh masa sebelum Jesus mengambil tugasan itu selepas Raheem Sterling membuka jaringan pada minit ketujuh.

Jesus memiliki reputasi sepakan penalti yang buruk dan sering dipertikaikan meneruskan rekod itu apabila membuat sepakan yang perlahan dan tersasar dari pintu gol.

Apa lagi, peminat tidak menunggu lama menjadikan kegagalannya itu sebagai bahan ketawa.

Jesus menekup muka selepas gagal dan dia kemudian digantikan oleh Sergio Aguero pada separuh masa kedua.

Lineker muncul orang pertama memberi komen: “Jesus baru mengambil sepakan penalti paling teruk pernah disaksikan.”

Seorang peminat Manchester City menambah: “Saya tidak tahu hendak ketawa atau marah terhadap penalti Jesus.

“Ia contoh terbaik untuk saya mencuba dalam kertas peperiksaan apabila saya tahu jawapan betul tetapi menulis yang salah.”

Disiarkan pada: November 7, 2019 @ 3:51pm
d