arena

De Minaur ke final

Oleh Reuters

PILIHAN utama dari Australia Alex de Minaur melangkah ke final kedua berturut-turut Kejohanan Akhir ATP Next Gen selepas mencatat kemenangan 4-2 4-1 0-4 4-2 ke atas Frances Tiafoe di Milan awal pagi tadi.

De Minaur, 20, yang tewas kepada pemain Greece Stefanos Tsitsipas pada final musim lalu, mengetepikan seketika persahabatannya dengan Tiafoe dan hanya memerlukan 73 minit untuk menyingkirkan pemain Amerika Syarikat berusia 21 tahun itu.

De Minaur melakukan lapan aces, 25 winner dan empat break point untuk mara ke final di mana dia berhasrat menjulang gelaran keempatnya musim ini selepas menang di Sydney, Atlanta dan Zhuhai.

“Ia sukar, tetapi dalam aspek lain ia lebih mudah (menentang kawan),” kata De Minaur.

“Ia mudah kerana anda tahu tidak kira apa yang berlaku, anda masih bersahabat baik.

“Pada masa sama anda perlu ingat, anda menentang satu sama lain. Saya perlu meletakkan diri dalam zon itu, bersemangat dan bermotivasi, tetapi ia menjadi hari ini.

“Bukan mudah menentang seorang seperti Frances. Dia mempunyai pukulan bertenaga, dia tidak akan mengaku kalah.”

De Minaur akan menentang pilihan tempatan Jannik Sinner yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Serbia Miomir Kecmanovic 2-4 4-1 4-2 4-2.

Disiarkan pada: November 9, 2019 @ 11:58am
d