arena

Juve tak denda Ronaldo

Oleh Agensi

SUPERSTAR Juventus Cristiano Ronaldo tidak akan didenda terhadap reaksinya digantikan ketika menang 1-0 ke atas AC Milan, menurut laporan di Itali, hari ini.

Penyerang Portugal itu yang dilihat memberi reaksi marah selepas dia dikeluarkan pada m-55 dan digantikan oleh Paulo Dybala.

Ia perlawanan kedua-dua berturut dia digantikan dalam saingan Serie A.

Laporan menyebut Ronaldo turut memanggil pengurus, Maurizio Sarri dengan kata-kata kesat sebelum berlari ke terowong menuju ke bilik persalinan.

Menurut Gazzetta dello Sport, pemain berusia 34 tahun itu juga tidak akan didenda kerana meluahkan kemarahan terhadap Sarri tetapi dijangka akan meminta maaf kepada rakan sepasukannya kerana tidak kembali ke bangku simpanan pemain.

Ronaldo juga sebelum ini berdepan risiko diharamkan selama dua tahun disebabkan kebimbangan melanggar peraturan anti-doping kerana meninggalkan Stadium Allianz lebih awal.

Ronaldo dikatakan meninggalkan stadium tiga minit lebih awal sebelum perlawanan berakhir, kelmarin.

Disebabkan insiden itu, pengarah kesukanan Juve Fabio Paratici menghubungi ejen Ronaldo, Jorge Mendes untuk menjelaskan keadaan dan mengenal pasti sebarang masalah dihadapi oleh pemain terbabit.

Disiarkan pada: November 12, 2019 @ 7:23pm
d