arena

Turki ikat Iceland sebelum layak

Oleh AFP

TURKI meraih tempat ke Euro 2020 awal pagi tadi selepas seri tanpa jaringan pada aksi kelayakan menentang Iceland sekali gus menyaksikan juara dunia Perancis layak ke pusingan akhir tahun depan.

“Kami terlalu gembira layak ke Euro. Kami ada satu lagi perlawanan untuk dilalui dan kemudian kami akan fokus terhadap aksi kelab hingga Mac depan,” kata pertahanan Turki dan Leicester, Caglar Soyuncu.

Iceland memerlukan kemenangan untuk berpeluang layak susulan rekod pertembungan lebih bagus menentang Perancis namun kini mereka hanya boleh mengharapkan aksi playoff pada hujung kempen kelayakan.

“Kami hadir di sini empat mata di belakang dan Turki satu pasukan yang amat kuat. Kami sudah melakukan sedaya mungkin,” kata penyerang Iceland, Mikael Anderson.

“Kami hampir meraih keputusan yang dikehendaki, tapi ia tidak mencukupi.”

Perancis, yang menewaskan Moldova 2-1 di Paris, menghuni tangga teratas Kumpulan H dengan 22 mata, dua mata di depan Turki.

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 9:54am
d