arena

Bottas ada pelan rahsia

Oleh AFP

VALTTERI Bottas menyediakan satu pelan rahsia untuk mengalahkan jaguh Formula Satu, Lewis Hamilton musim depan, menurut rakan juara dunia dari Mercedes itu.

Bottas yang terpaksa menghuni tangga kedua di belakang juara dunia enam kali, Hamilton tahun ini berkata, dia akan mengikut naluri dan memberi tumpuan terhadap kekuatan yang dipercayainya mampu mengatasi pemandu Britain itu selepas ini.

“Saya mempunyai rancangan untuk mencari cara berbeza bagaimana untuk memenuhi sasaran saya iaitu menjadi juara dunia,” kata pemandu Finland itu menjelang Grand Prix Brazil di Sao Paulo, hari ini.

“Saya lebih suka melaksanakan tugas di litar dan jika saya mampu mengekalkan prestasi saya serta menggunakan segala tenaga terhadap prestasi saya, bermakna ia yang terbaik buat saya.

“Jika saya boleh beraksi di tahap yang saya mahukan, kebiasaannya ia akan menjejaskan pemandu di garaj sebelah dan saya juga tahu ia boleh menyebabkan anda melakukan kesilapan.

“Saya ada rancangan untuk tahun depan, tapi saya tidak akan berkongsi mengenainya,” ujar Bottas.

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 3:12pm
d