arena

Frankfurt tak boleh jual tiket

Oleh Reuters

EINTRACHT Frankfurt tidak dibenarkan menjual tiket kepada penyokong mereka untuk perlawanan Liga Europa menentang Arsenal, hujung bulan ini selepas rayuan terhadap pengharaman UEFA ditolak.

Badan pentadbir bola sepak Eropah mengenakan tindakan terhadap skuad Bundesliga itu disebabkan beberapa kesalahan dilakukan ketika perlawanan Kumpulan F menentang kelab Portugal, Vitoria, bulan lalu.

Antara kesalahan dilakukan adalah sepak mula yang lambat, gangguan penonton dan tindakan merosakkan.

Frankfurt yang menjalani hukuman penggantungan sebelum UEFA mengharamkan mereka daripada menjual tiket kepada penyokong bertandang ke tempat lawan untuk dua perlawanan di Eropah yang menyebabkan kelab itu mengemukakan permohonan.

“Eintracht dengan ini dihalang daripada menjual tiket dalam sebarang kategori untuk perlawanan Liga Europa UEFA di Arsenal pada 28 November.

Penyokong Eagles diharamkan daripada menghadiri perlawanan Kumpulan F di Standard Liege, awal bulan ini.”

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 4:57pm
d