arena

Bolt kempen e-skuter di Jepun

Oleh Reuters

PEMENANG sembilan kali pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt membawa skuter elektrik (e-skuter) ke Jepun dengan harapan status selebriti dimiliki mampu memujuk pembuat undang-undang negara itu mengubah fikiran dan penggunaan diperluas tanpa menganggu alam sekitar.

Di bawah peraturan sekarang, skuter hanya boleh digunakan di jalan raya, perlu plat lesen dan penunggang mesti mempunyai lesen motosikal.

Pemenang rekod dunia acara pecut itu yang juga pengasas bersama Bolt Mobility mengumumkan pelancaran skuter itu dalam satu majlis di sebuah restoran di Tokyo, hari ini.

Sasaran awalnya adalah untuk mengurangkan skuter sewa kepada tanah persendirian yang dikecualikan daripada peraturan trafik dan akan beroperasi di 40 kampus universiti pada penghujung 2020.

Beberapa wakil daripada syarikat Amerika Syarikat itu sedang berbincang dengan pembuat undang-undang untuk mengurangkan kesesakan dan mengurangkan pencemaran.

Bolt berharap status selebritinya dapat menyampaikan mesej itu.

"Kami masih berharap untuk mengembangkannya dan melakukan perkara lebih baik untuk alam sekitar kerana di situlah ia bermula," katanya dalam temu ramah.

"Ini adalah masa depan."

Bolt Mobility meletak sasaran untuk berada dalam 20 bandar di seluruh dunia pada penghujung tahun ini dan 50 merentasi lapan negara pada 2020.

Ia dilancarkan di New York, Paris dan Washington pada awal tahun ini.

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 7:06pm
d