arena

Penyokong Romania memang teruk!

Oleh Agensi

PERLAWANAN Sweden di tempat lawan kepada Romania terpaksa dihentikan selepas penyokong tuan rumah menghamburkan ejekan berbaur perkauman ditujukan kepada Alexander Isak.

Penyerang terbabit menyifatkan tindakan mereka sebagai "sangat menyedihkan."

Pengadil perlawanan terpaksa menghentikan perlawanan itu mengikut protokol UEFA dalam insiden baru terburuk membabitkan perkauman dalam bola sepak.

Isak, 20, diejek ‘boo’ oleh penyokong setiap kali dia mendapat bola menyaksikan Sweden muncul pemenang 2-0.

Kemenangan membolehkan Sweden layak ke Euro 2020 tetapi pemain meraikannya dalam suasana dicemari kata-kata ejekan dilemparkan terhadap Isak.

Biarpun teruk diejek, Isak tidak membalas sebaliknya meneruskan perlawanan dengan penuh rasa yakin.

Malah, penyerang terbabit mengetuai penyokong Sweden menyanyikan lagu kebangsaan mereka selepas kemenangan itu.

Dia berkata selepas perlawanan: "Saya hanya bertanya kepada pengadil sekiranya dia mendengar apa-apa. Beberapa minit kemudian dia mendengar perlawanan dihentikan dan dia mendengar sesuatu.

"Dia bertanya 'perlukah saya menghentikan perlawanan?'. Saya kata tidak, anda tidak perlu melakukannya.

"Perkataan berbaur perkauman, perkara tidak seharusnya berlaku. Ia benar-benar menyedihkan."

Disiarkan pada: November 16, 2019 @ 4:39pm
d