arena

Ronaldo dakwa padang macam ladang kentang

Oleh Reuters

KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo mendakwa padang Luxembourg sebagai ‘ladang kentang’ dan turut berkata dia tidak begitu cergas pada beberapa perlawanan lalu selepas juara Eropah menang 2-0 awal pagi ini untuk layak ke Euro 2020.

Ronaldo menjaringkan gol ke-99 buat Portugal lewat permainan, melakarkan hatrik ketika kemenangan 6-0 ke atas Lithuania tiga hari sebelum itu, tetapi ia di luar kepada persembahan asli dalam keadaan padang yang tidak rata di Stadium Josy Barthel, Luxembourg.

“Ia agak sukar untuk beraksi dalam keadaan padang seperti ini - ia seperti ladang kentang, saya tidak tahu bagaimana pasukan dalam peringkat seperti ini mahu bermain dalam keadaan padang seperti ini,” katanya kepada pemberita.

“Ia bukan prestasi terbaik tetapi kami melakukan tugas kami... saya mensasarkan penampilan pada Kejuaraan Eropah kelima.”

Pemain berusia 34 tahun menyertai skuad kebangsaan Portugal sekali gus menepis dakwaan mengenai faktor kecergasan dan sikapnya berikutan reaksi marah ditunjukkan apabila digantikan dengan pemain lain ketika Juventus menang 1-0 ke atas AC Milan pada Ahad lalu.

Ronaldo berkata dia juga ‘tidak 100 peratus’ dalam dua perlawanan Portugal.

“Saya korbankan diri saya untuk pasukan,” katanya. “Kami mungkin terlepas saingan (Euro 2020). Syukur kerana saya tidak mengalami kecederaan teruk lagi dalam karier saya tetapi ia boleh berlaku.”

“Ia kesakitan yang boleh menjejaskan prestasi 100 peratus, tetapi saya sentiasa cuba untuk beraksi. Mereka mencipta kontroversi besar di mana ia tidak diperlukan. Saya akan kembali semula dalam keadaan 100 peratus tidak lama lagi.”

Portugal menamatkan saingan di tempat kedua dalam Kumpulan B dengan 17 mata, tiga mendahului Serbia yang seri 2-2 menentang Ukraine.

Disiarkan pada: November 18, 2019 @ 8:42am
d