arena

Sambutan meriah program kesihatan dan sukan

PENUNTUT Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dari Kursus BHSK222B Wellness mengadakan program ‘Road to Wellness 2019’ bertempat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, baru-baru ini.

Seramai 63 orang pelajar tingkatan 2 sekolah berkenaan terbabit dalam program itu.

Objektif penganjuran adalah menerapkan gaya hidup di kalangan pelajar sekolah meliputi aspek-aspek kesejahteraan hidup.

Program bermula jam 8.30 pagi ini dibahagikan kepada beberapa Sesi bermula dengan Sesi Ice Breaking, Ceramah Pengenalan Wellness, Zumba dan "Wellness Run".

Menurut Nurulain Abdul Aziz, sebagai fasilitator sepanjang program ini dia amat berpuas hati kerana mesej yang ingin disampaikan kepada pelajar tercapai dan peserta sangat memberi kerjasama yang baik dari mula hingga tamat program.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengetua Kokurikulum, Rihaya Abu Kassim.

Disiarkan pada: November 19, 2019 @ 12:38pm
d