arena

UiTM atasi wakil Australia

SKUAD bola sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan bersaing dalam kancah Liga Super musim depan memulakan saingan Pertandingan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa Australia dengan langkah kanan.

UiTM menewaskan pasukan Northern Territory Australia, 4-0 pada perlawanan pertama berlangsung di padang sintetik UiTM, Shah Alam, semalam.

Pertandingan membabitkan empat pasukan itu turut disertai Kuala Lumpur (KLFA) dan satu lagi wakil Australia, Western Australia

Pasukan universiti itu yang dibimbing pengendali berpengalaman, Ismail Zakaria memperoleh jaringan pertama menerusi Ahmad Khuzaimi pada minit ke-4 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

UiTM terus mendominasi saingan babak kedua perlawanan apabila berjaya menggandakan jaringan menerusi Justin pada minit ke-51 dan 67 serta jaringan Nur Syamil minit ke-58.

Sementara, Kuala Lumpur berjaya mengikat pasukan Western Australia dengan keputusan seri 2-2, pada perlawanan terdahulu.

UiTM FC akan menentang Kuala Lumpur, sementara Northern Territory akan berdepan Western Australia pada hari ini.

Disiarkan pada: November 19, 2019 @ 1:03pm
d