arena

Vietnam, Thailand buntu jaringan

Oleh Agensi

THAILAND seri tanpa jaringan dengan Vietnam pada pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 di Hanoi malam ini yang menyebabkan pasukan Gajah Perang merudum ke tangga ketiga selepas Malaysia menewaskan Indonesia.

Vietnam memerlukan seri untuk kekal di tangga teratas dan tuan rumah berjaya memenuhi sasaran itu.

Thailand terlepas peluang untuk mendahului selepas penjaga gol Dang Van Lam menyelamatkan sepakan penalti Theerathon Bunmathan pada separuh masa pertama.

Gajah Perang kendalian Akira Nishino, yang tewas 1-2 di tangan Malaysia di Kuala Lumpur minggu lalu, mendominasi aksi di Stadium MyDinh namun gagal memecah keutuhan benteng Vietnam.

Vietnam masih mendahului Kumpulan G dengan 11 mata daripada lima perlawanan manakala Malaysia melonjak ke tangga kedua selepas mengatasi Indonesia 2-0 di Bukit Jalil.

Lapan juara kumpulan serta empat pasukan naib juara terbaik layak ke pusingan akhir kelayakan zon Asia menampilkan 12 negara.

Disiarkan pada: November 19, 2019 @ 11:42pm
d