KANADA menjadi negara pertama untuk layak ke suku akhir Piala Davis selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali dalam percubaan ke-16 awal pagi ini.
Hari kedua berturut-turut pemain ranking ke-150, Vasek Pospisil memberikan mereka permulaan sempurna sebelum pemain berusia 20 tahun, Denis Shapovalov menyudahkan tugas untuk membolehkan dua kemenangan daripada dua perlawanan saingan Kumpulan F.
Pospisil, yang mencipta kejutan ranking dengan menewaskan Fabio Fognini dalam perlawanan pembukaan, mengatasi pemain muda tinggi lampai Amerika, Reilly Opelka 7-6(5), 7-6(7) untuk menggembirakan sorakan kontinjen Kanada di tempat duduk penonton.
Shapovalov, yang berjaya mara ke final Paris Masters bulan ini dan melonjak tangga ke 15 dalam ranking kemudian menewaskan Taylor Fritz 7-6, 6-3 untuk memastikan kemenangan itu.
Sebanyak 18 negara mengambil bahagian di La Caja Magica dan dibahagikan kepada enam kumpulan dengan juara kumpulan dan dua naib juara terbaik mara ke peringkat suku akhir pada Khamis dan Jumaat.
Pertembungan ini adalah yang pertama membabitkan jiran Utara Amerika sejak 1965.
Kanada tewas pada empat pertembungan terakhir mereka, dengan kesemuanya aksi di bawah sistem format lama iaitu lima mata, 5-0.
Pasukan AS mencatat rekod kemenangan Piala Davis sebanyak 32 kali tetapi tidak sejak 2007.
Keputusan Piala Davis
Kumpulan A
Perancis 2 Jepun 1
Perseorangan
Jo-Wilfried Tsonga (FRA) mn Yasutaka Uchiyama (JPN) 6-2, 6-1
Yoshihito Nishioka (JPN) mn Gael Monfils (FRA) 7-5, 6-2
Beregu
Pierre-Hugues Herbert/Nicolas Mahut (FRA) mn Ben McLachlan/Yasutaka Uchiyama (JPN) 6-7(7/4), 6-4, 7-5
Kumpulan B
Sepanyol 2 Russia 1
Perseorangan
Andrey Rublev (RUS) mn Roberto Bautista Agut (SEP) 3-6, 6-3, 7-6 (7/0)
Rafael Nadal (SEP) mn Karen Khachanov (RUS) 6-3, 7-6 (9/7)
Beregu
Marcel Granollers/Feliciano Lopez (SEP) mn Karen Khachanov/Andrey Rublev (RUS) 6-4, 7-6(7/5)
Kumpulan C
Argentina 3 Chile 0
Perseorangan
Guido Pella (ARG) mn Nicolas Jarry (CHI) 6-4, 6-3
Diego Schwartzman (ARG) mn Cristian Garin (CHI) 6-2, 6-2
Beregu
Maximo Gonzalez/Leonardo Mayer (ARG) mn Nicolas Jarry/Hans Podlipnik-Castillo (CHI) 6-3, 7-5
Kumpulan D
Australia 3 Colombia 0
Perseorangan
Nick Kyrgios (AUS) mn Alejandro Gonzalez (COL) 6-4, 6-4
Alex de Minaur (AUS) mn Daniel Elahi Galan (COL) 6-4, 6-3
Beregu
John Peers/Jordan Thompson (AUS) mn Juan-Sebastian Cabal/Robert Farah (COL) 6-3, 3-6, 7-6 (8/6)
Kumpulan E
Kazakhstan 2 Belanda 1
Perseorangan
Mikhail Kukushkin (KAZ) mn Botic van de Zandschulp (BEL) 6-2, 6-2
Robin Haase (BEL) mn Alexander Bublik (KAZ) 7-5, 3-6, 7-6 (7/5)
Beregu
Alexander Bublik/Mikhail Kukushkin (KAZ) mn Robin Haase/Jean-Julien Rojer (BEL) 6-4, 7-6 (7/2)
Kumpulan F
Kanada 2 AS 1
Perseorangan
Vasek Pospisil (KAN) mn Reilly Opelka (AS) 7-6 (7/5), 7-6 (9/7)
Denis Shapovalov (KAN) mn Taylor Fritz (AS) 7-6 (8/6), 6-3
Beregu
Sam Querrey/Jack Sock (AS) mn Vasek Pospisil/Denis Shapovalov (KAN) tarik diri (kiraan 6-0, 6-0 kemenangan buat AS) - AFP