arena

Aksi kelayakan sempurna Belgium

Oleh Reuters

CHRISTIAN Benteke dan Kevin De Bruyne masing-masing menjaringkan dua gol ketika membantu Belgium menewaskan Cyprus 6-1 dalam kelayakan Kumpulan I Euro 2020 di Stadium King Baudouin, Brussels, pagi ini.

Belgium menamatkan saingan di kedudukan teratas kumpulan dengan sempurna selepas mencatat 10 kemenangan daripada 10 perlawanan, menjaringkan 40 gol dalam tempoh itu, ketika Yannick Carrasco dan jaringan sendiri daripada Kypros Christoforou pelengkap perjalanan Cyprus.

Pelawat mengejutkan tuan rumah menerusi gol awal daripada gerakan solo Nicholas yang seterusnya merembat ke penjuru sudut jaring gol, tetapi penyokong Belgium kembali teruja melihat persembahan pasukan mereka selepas itu.

Umpanan bijak Carrasco memberi ruang kepada Benteke menyamakan kedudukan, sebelum penjaga gol Cyprus, Michael Neofytos membenarkan rembatan lemah De Bruyne.

Carrasco sekali lagi mencipta gerakan ketika bergandingan baik bersama De Bruyne yang menjaringkan gol, sebelum pemain itu meledak gol seminit sebelum waktu rehat selepas menerima hantaran Eden Hazard.

Kealpaan pada babak kedua pelawat terus dihukum Belgium yang meneruskan dominasi dengan Christoforou menolak bola ke gawang sendiri dan Benteke menambah jaringan keenam.

Disiarkan pada: November 20, 2019 @ 9:40am
d