arena

Mourinho, Allegri calon latih Spurs

Oleh Agensi

BEKAS bos Manchester United dan Chelsea, Jose Mourinho dikatakan sedang mengadakan rundingan untuk menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus Tottenham.

Pochettino, 47, dipecat sebagai bos Spurs hari ini selepas lima tahun membimbing kelab dari Utara London itu.

Pengendali dari Argentina membawa Spurs melangkah ke final Liga Juara-Juara musim lalu, sebelum tewas kepada Liverpool.

Warga Portugal, Mourinho tidak bekerja sejak dipecat oleh United pada Disember 2018.

Tiada perjanjian yang disahkan berjaya dicapai antara Mourinho dan Spurs setakat ini.

Bekas pengendali Chelsea, Porto, Real Madrid dan Inter Milan dikaitkan dengan beberapa peluang mengisi jawatan sebagai pengurus di beberapa kelab ternama Eropah termasuk di China, Sepanyol dan Portugal sejak meninggal Old Trafford.

Pengurus Bournemouth Eddie Howe, pengurus RB Leipzig Julian Nagelsmann dan ejen bebas Massimiliano Allegri yang meninggalkan Juventus pada penghujung musim lalu turut dikaitkan dengan jawatan itu.

Disiarkan pada: November 20, 2019 @ 12:26pm
d