arena

Shaw kembali kukuh pertahanan United

Oleh Agensi

MANCHESTER United mendapat suntikan semangat dengan sekembalinya trio Luke Shaw, Axel Tuanzebe dan Nemanja Matic dalam latihan penuh pasukan itu.

United akan berkunjung ke Sheffield United pada tengah malam Ahad ini selepas rehat antarabangsa ketika barisan kendalian Ole Gunnar Solskjaer memburu kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris buat pertama kali sejak Mac.

Penyertaan semula pemain pilihan utama pertahanan kiri Shaw menyuntik semangat pasukan itu selepas pemain antarabangsa England itu disisihkan sejak mengalami kecederaan hamstring sekitar Ogos lalu.

Tuanzebe salah seorang daripada pemain yang diberikan tugas mengisi kekosongan yang ditinggalkan pertahanan kiri tetapi dia juga hanya kembali semula selepas kecederaan pinggul yang memaksanya di ketepikan ketika pemanas badan sebelum perlawanan berdepan Liverpool bulan lalu.

Pemain pertahanan remaja Brandon Williams menunjukkan aksi mengagumkan di barisan belakang kiri buat masa ini.

United juga akan menagih khidmat Matic untuk memperkuatkan jentera pertahanan.

Dia tidak beraksi sejak awal Oktober dan hanya menyertai pasukan di posisi tengah ketika rakan sepasukan Scott McTominay bertarung dengan kecederaan pergelangan kaki.

Disiarkan pada: November 21, 2019 @ 10:22am
d