arena

Gunners harus bangkit : Sokratis

Oleh Agensi

PERTAHANAN Arsenal, Sokratis Papastathopoulos mengakui skuad kendalian Unai Emery kurang keyakinan susulan aksi lima perlawanan tanpa kemenangan.

Tumpuan turut terarah kepada masa depan Emery berikutan prestasi hambar, selain turut mempengaruhi persembahan pasukan.

Bagaimanapun, Sokratis yakin Arsenal boleh meningkat dan membuktikan mereka mempunyai semangat berpasukan kuat sebagai kelebihan.

Sokratis memberitahu laman web rasmi Arsenal : “Pasukan itu memerlukan keyakinan dan tenang untuk menunjukkan kualiti yang ada pada mereka.”

“Ia permulaan musim yang sukar, tetapi kami mempunyai banyak lagi masa untuk memperbaikinya, kami perlu bermain lebih baik dan sudah tentu kami mempunyai masa melakukannya. Kami juga mempunyai kualiti untuk melakukannya.

“Apabila keputusan bagus, ia sudah tentu baik buat pasukan dengan setiap pemain cukup rapat antara satu sama lain kerana ia memberikan kami keyakinan.

Arsenal kini di kedudukan keenam dalam Liga Perdana hanya lapan mata mengatasi Manchester City di tempat keempat.

Di sebalik jurang yang agak jauh itu Sokratis percaya Gunners mampu menamatkan saingan liga dalam kelompok empat teratas buat pertama kali sejak musim 2015-2016.

Disiarkan pada: November 21, 2019 @ 12:54pm
d