arena

Mourinho tagih semangat juang Spurs

Oleh AFP

JOSE Mourinho percaya kualiti yang dimiliki pemain yang ada di Tottenham ‘tidak sepatutnya’ berada di kedudukan ke-14 dalam Liga Perdana ketika dia cuba menyelamatkan nasib Spurs musim ini.

Mourinho kembali bertugas di kelab Inggeris ketiga selepas menempuhi pelbagai pengalaman di Chelsea dan Manchester United dengan harapan dapat memberi inspirasi untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama bersama Tottenham di gelanggang lawan saingan liga sejak Januari di West Ham esok.

Aksi hambar mempengaruhi keputusan pemecatan Mauricio Pochettino pada Selasa hanya enam bulan selepas melangkah ke final Liga Juara-Juara.

Khidmat Pochettino sepanjang lima tahun setengah di kelab itu berjaya menggubah nasib Tottenham.

“Untuk jangka pendek kami perlu cuba mendapatkan keputusan yang baik,” kata Mourinho.

“Ia amat penting dalam Liga Perdana kami perlu melonjak dari kawasan di mana kami tidak berhak berada di situ.”

Spurs memulakan minggu ini dengan 11 mata ketinggalan dengan empat pasukan teratas selain hanya memungut 25 mata daripada 24 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka.

Disiarkan pada: November 22, 2019 @ 10:36am
d