arena

Naib juara buat Soon Huat-Shevon

Oleh Ferzalfie Fauzi

BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terlepas peluang untuk meraih kejuaraan sulung musim ini apabila kalah pada final Masters Korea di Gwangju, hari ini.

Pada aksi sebentar tadi, Soon Huat-Shevon kalah 14-21, 15-21 di tangan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam masa 34 minit.

Ia juga kali keempat berturut-turut mereka tumpas kepada pasangan ranking ke-12 dunia itu.

Mereka yang menduduki ranking kelapan dunia beraksi dalam final pertama musim ini selepas empat kali terkandas pada separuh akhir.

Soon Huat-Shevon akan meneruskan cabaran negara pada Sukan Sea Filipina yang bermula secara rasmi Sabtu ini.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Disiarkan pada: November 24, 2019 @ 12:35pm
    d