arena

Skuad muda mampu bangkit: Lampard

Oleh AFP

FRANK Lampard percaya banyak yang akan beliau pelajari daripada pemain muda Chelsea daripada reaksi mereka selepas tewas kepada Manchester City.

Kejayaan Chelsea mengekalkan enam perlawanan tanpa kalah berakhir apabila mereka tewas 1-2 kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu awal pagi Ahad.

Ia ukuran bagaimana kelab itu berkembang di bawah kendalian pengurus baharu Lampard, yang terpaksa bergantung kepada pemain muda disebabkan penggantungan perpindahan, bahawa kekalahan kepada sebuah kelab yang menjuarai tiga gelaran domestik musim lalu dianggap sesuatu yang mengecewakan.

“Pengalaman seperti ini adalah hebat bagi mereka,” kata Lampard.

“Mereka perlu menelan kepahitan akibat kekalahan ini tetapi juga menyedari inilah tahap yang ingin kami capai.

“Perasaan di bilik persalinan, kelihatannya seperti mereka amat kecewa. Mereka meletakkan harapan tinggi jadi kami menyifatkannya satu keyakinan yang tinggi.

“Di mana kami mahu capai bermakna kami mungkin datang ke sini dan menang (pada masa depan) dan ia mungkin bermakna kami boleh menang gelaran dan menuju kehadapan, jadi saya suka melihat mereka kecewa seperti ini.

“Saya fikir ia menunjukkan persoalan berikutnya adalah bagaimana reaksi kami.”

Chelsea mendahului perlawanan menerusi N’Golo Kante sebelum jaringan Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez memastikan kemenangan tuan rumah.

Disiarkan pada: November 25, 2019 @ 6:36pm
d