arena

UKM juara KEK 2019

Oleh Kuala Lumpur

PENCARIAN pasukan e-sukan terbaik di peringkat institusi pengajian tinggi seluruh negara bagi semester kedua Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019 berakhir dengan kontinjen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan juara keseluruhan.

Dalam saingan Grand Final yang berlangsung di The Curve, Damansara hari ini UKM membawa pulang hadiah biasiswa bernilai RM50,000.

Hadiah juara keseluruhan disampaikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng serta Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid.

Disiarkan pada: November 25, 2019 @ 9:49pm
d