arena

Ancelotti tak senang duduk

Oleh AFP

KUNJUNGAN Napoli ke Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini mungkin menjadi penentu masa depan jurulatih, Carlo Ancelotti bersama kelab bermasalah Itali itu.

Pengendali yang tiga kali menjulang trofi Liga Juara-Juara kini bergelut dengan kemerosotan skuadnya selepas musim lalu membawa mereka menduduki tangga kedua Serie A pada tahun pertamanya di Stadio San Paolo.

Nasib pasukan berubah selepas menewaskan Liverpool 2-0 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara dengan perhubungan tidak harmoni dilaporkan sesama pemain dan pengurusan kelab.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mengarahkan pasukan menjalani latihan secara tertutup selama seminggu awal bulan ini selepas tewas 1-2 kepada Roma sekali gus terpesorok di tangga ketujuh Serie A.

Tetapi ketika Ancelotti tidak puas hati dengan langkah itu, mereka seri 1-1 dengan Salzburg tiga hari kemudian yang menyempitkan laluan untuk ke-16 saingan terakhir Liga Juara-Juara.

"Hubungan saya dengan presiden cemerlang dan tak berubah,” tegas Ancelotti selepas tidak bersetuju dengan kem latihan.”

Pembuat filem, De Laurentiis mengugut menjual keseluruhan pasukan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemain selepas berlaku ‘pemberontakan’ dalam bilik persalinan pemain.

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 10:35am
d