arena

MABA mohon maaf silap bendera

PERSATUAN Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman webnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pencinta sukan bola keranjang di atas kesilapan Jalur Gemilang ketika upacara pembukaan Piala Lum Mun Chak MABA, semalam.

MABA dalam kenyataan di Facebook berkata, krew siaran langsung tersilap memaparkan bendera pada skrin besar ketika upacara itu.

“Kami minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini,” katanya.

Pada masa sama, MABA turut menegaskan kesungguhan mereka membangun dan memajukan lagi sukan bola keranjang di negara ini.

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 11:04am
d