arena

Salah nampak OK: Klopp

Oleh AFP

PENGENDALI Liverpool Juergen Klopp berkata beliau tidak bimbang mengenai tahap kecergasan Mohamed Salah menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Napoli.

Salah adalah pemain gantian yang tidak diturunkan sewaktu menang 2-1 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu selepas tidak menyertai latihan akibat masalah buku lali.

“Mo Salah nampak baik,” kata Klopp. “Saya tidak bimbang mengenainya.”

Klopp juga memberitahu perkembangan tahap kecergasan pertahanan Joel Matip, yang diketepikan akibat kecederaan lutut.

“Joel semakin baik tetapi masih memerlukan masa. Imbasan akan dibuat minggu ini dan kita lihat perkembangannya.”

Kemenangan ke atas skuad Carlo Ancelotti pada awal pagi Khamis akan memastikan juara bertahan Liverpool berada di tangga teratas Kumpulan E dengan baki satu perlawanan tetapi Klopp berkata pasukannya tidak boleh memandang mudah perlawanan ini.

“Kesalahan terbesar yang boleh kami lakukan adalah kami merasakan kami memenanginya dan apa yang berlaku jika kami menang,” kata Klopp.

“Perkara ini tidak berada di minda kami. Sudah pasti kami mahu menang perlawanan, ia pastinya hebat dengan permulaan yang kami lalui. Napoli adalah lawan yang berbahaya.”

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 12:16am
d