arena

Zidane bimbang Hazard cedera

Oleh Agensi

ZINEDINE Zidane mengakui dia bimbang dengan kecederaan buku lali dialami Eden Hazard ketika Real Madrid seri 2-2 dengan Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Hazard digantikan pada babak kedua ketika Real mendahului 2-0 di Santiago Bernabeu.

Zidane yang skuadnya memastikan kedudukan di tangga kedua dalam Kumpulan A bimbang dengan tahap kecederaan Hazard.

"Ya, membimbangkan,” kata pengendali Real itu ketika sidang akhbar. “Tetapi saya harap ia tidak seperti dijangkakan. Itu sahaja yang boleh saya perkatakan buat masa sekarang. Dia perlu menjalani ujian selanjutnya dan tunggu keputusan.

“Dia beraksi dengan cemerlang tetapi dia terpaksa dikeluarkan tetapi saya harap kecederaan itu tidak berpanjangan.”

Zidane sudah pasti mengharapkan Hazard sempat pulih menjelang aksi Clasico menentang Barcelona tiga minggu lagi.

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 11:35am
d