arena

Mourinho peluk budak pembaling bola [VIDEO]

Oleh Agensi/Esme Jo

JOSE Mourinho memuji dan memeluk budak pembaling bola (ballboy) kerana membantu Spurs mara ke peringkat saingan kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara (UCL).

Bos baru Tottenham itu melakukan tepuk lima dan memeluk budak muda itu kerana tindakan pantasnya membantu Harry Kane mendapatkan gol pertama kelab London itu ketika menentang Olympiakos di tempat sendiri, awal pagi tadi.

Dia membaling bola kepada Serge Aurier yang melakukan gerakan sebelum Lucas Moura membuat hantaran lintang ketika Spurs ketinggalan 2-0.

Aurier meletakkan Spurs di depan sebelum Kane menjadi pemain terpantas dalam UCL meraih 20 gol dan ia hanya perlawanan ke 24 dilaluinya dalam pertandingan itu dengan jaringan keduanya memastikan kemenangan 4-2.

Kane kini menjaringkan 23 gol dalam 23 perlawanan dalam semua saingan untuk kelab dan negaranya musim ini.

Mourinho mendedahkan dia meminta steward untuk membawa pembaling bola terbabit ke bilik persalinan Spurs selepas perlawanan tetapi dia gagal ditemui.

Pengendali dari Portugal itu berkata: "Saya suka pembaling bola yang bijak. Dia memahami permainan dan membuat bantuan ketika perlawanan."

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 5:13pm
d